Kawan ataupun Lawan
Seni bukan sesuatu yang
senang, seni seharusnya dilakukan dengan lemah lebut. Ia ibarat kaca yang mudah
pecah kita perlu sentiasa menjaganya. Kalau dengan emosi kau luahkan itu tiada
erti kerana seni perlukan kesabaran. Dalam kami mencipta gerak begitu banyak
halangan namun halangan itu kami dapat tempuhi kerana nilai persaudaraan dalam
seni. Seni ini menjadi ibadat dan seni ini menjadi tanggungjawab buat kami. Walaupun
lelah yang kami hadapi demi mencipta satu seni.
“cinta itu lahir dengan
semula jadi,
cinta akan pergi dengan tiba-tiba,
jangan terkejut saat kau mula berjalan
seorang,
kerana ramai kawan yang menjadi lawan.
cinta itu indah pada
permulaan,
tapi menyakitkan pada
pengakhiran
cinta itu ibarat seni,
dalam seni ada kehalusan
dan ketegasan."
(Aduka)
Jangan
pernah salahkan orang dalam kesilapan kita tetapi sentiasa melihat cermin agar
kita sedar itu sebenarnya salah kita. Biar kita bersendirian dalam mencipta
karya kerana dengan itu dapat muasabah diri kita.
Comments
Post a Comment