Tali yang Putus

Sedar atau tidak yang kita lakukan sebenarnya telah memutuskan hubungan orang lain. orang itu sedang berjuang untuk kukuhkan kembali tali persaudaraan namun kau masuk dan memutuskan begitu saja. Adakah kau tidak mempunyai perasaan? Dalam dunia ini penuh dengan halangan dan penuh dengan manusia yang munafik. Menjadi manusia ini kita haruslah bijak jangan hanya menumpang atas kesenangan orang sahaja


jangan pernah padang di atas,
kerana kau akan lihat langit,
jangan pernah padang bawah,
kerana kau akan lihat tanah,
namun pandanglah hadapan,
kau akan lihat diri kau.

tiada niat memutuskan tali persaudaraan,
namun kau yang memutuskan,
jangan pernah menikam orang,
kerana kau juga akan di tikam,
jangan pernah jatuhkan orang,
kerana kau akan jatuh tanpa kau sedar.

(Kolej Za'ba, UPSI, 2018)
(Tuan Fahmi)



Comments